Wednesday, May 11, 2011

~* pErGiLaH cInTa *~

Sedarkah kau sedari dulu hubungan ini ditentang??? Sudahlah. Jangan ditambah kebencian orang tua kerana kebodohan kita dalam perhubungan ini. Sering kali aku ingatkan kau tentang perkara ini, tapi kau buat endah tak endah. Bila hal sama berbangkit berkali-kali, tak mungkin ada insan selemah aku mampu terima dengan tabah.

Apa yang aku lakukan sekarang hanyalah untuk memuaskan hati semua pihak. Supaya tiada satu pihak pun terluka kerana kebodohan kita di atas hubungan yang ditentang ini. Aku sering mengalah untuk kebahagiaan orang lain. Sedarlah.

Tak kisahlah orang nak cakap apa, yang penting kita dapat bahagiakan kedua ibu bapa kita walaupun sekadar memberi sebuah senyuman. Harapan ibu bapaku terlalu tinggi untukku tunaikan. Namun aku berusaha semampu yang mungkin. Bukan untuk aku, tapi untuk mereka yang memberi aku peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini.

Cukuplah dengan airmata yang mengalir sepanjang hubungan ini. Janganlah di tambah lagi dengan kedukaan. Mungkin buat masa sekarang kita akan bahagia. Tapi tanpa izin dari mereka, kita tak akan ke mana-mana. Kebahagiaan seseorang terletak pada keizinan orang tua. Tak mungkin aku mampu melihat mereka mengalirkan airmata hanya kerana kedegilan kita.

Mungkin apabila sudah berkahwin, di awalnya kita bahagia. Tapi siapa tahu tak sampai 2 minggu, kita akan berbalah. Saat itulah terserlah ketidakserasian antara kita. Bergaduh, dari sehari ke sehari. Aku sebagai perempuan tak mungkin mampu melawan kerana saat itu aku adalah isterimu di mana aku mesti patuh kepadamu. Tapi hati ini mungkin akan terkikis rasa sayang & cinta.

Sedarlah sayang. Hubungan ini tak akan pergi jauh. Oleh itu, aku meminta izin untuk pergi dari hidupmu selama-lamanya. Dan memohon supaya kau dengan rela hati melepaskan aku pergi. Atas nama Allah, diri ini mencintaimu setakat ini sahaja.

Yang benar,
Hati Terluka

0 kata2 pujangga:

Post a Comment

Love is...
© Manja Lara - Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace