Kenapa ye?
Aku sering-kali menghidu wangian yang lembut di tempat kerja aku. Yang pelik cuma disitu saja bau yang ada. Wangi sangat. Macam bau seseorang yang pernah aku kenal tapi bau apa ye? Tak mungkin semua orang menggunakan wangian yang sama, ya tak?
Sejak kebelakangan ini, aku pasti akan menangis setiap kali dengar orang membaca al-Quran atau mendengar orang yang mengetuai solat. Terasa nyaman saja setiap kali mendengarnya. Aku seakan rindu suasana yang tak pernah aku dapat.
Petanda apakah ini?
Wednesday, January 30, 2013
Kenapa?
Wednesday, January 16, 2013
M.A.A
Bulan 9 aku kenal dia sebagai senior. Bulan 11 aku 'dengan' dia. Tapi biasalah, kejap timbul, kejap tenggelam. Tapi kenapa entah aku nak sgt dia jd 'someone' dalam hidup aku. Sekarang, esok, lusa, dan mungkin akan datang. Bukan bermakna aku tinggalkan yang dulu untuk yang kini. Tapi aku tinggalkan yang dulu kerana sikapnya yang cuma aku saja yang tahu setelah 5 tahun berlalu. Terima kasih Kak Cik. Dia banyak bagi nasihat sebelum ni tapi aku selalu abaikan. Maafkan aku sahabat. Si montel yang kini buat aku rasa lain sangat. Mungkin penerimaan dari seluruh keluarga dia yang buat aku rasa sayang kat dia. Tapi, aku serahkan pada Allah. Andai Allah dah janjikan si montel ni untuk aku, aku terima seadanya. Andai tidak, aku perlu bersyukur kerana Allah masih memberi aku kesempatan untuk mengenali hati budi seorang lelaki yang mungkin selama ini aku inginkan. Sering-kali juga aku menangis, tapi yang pastinya ianya air mata gembira. Terima kasih Allah. Allah, andai si montel ini milikku, Kau satukan hati kami sepertimana kau menyatukan Adam & Hawa. Timbulkan rasa kasih dan sayang buat kami berdua. Dengarkanlah doa2 kami.
Buat si montel, saya dah mula sayang kat awak. Mungkin awak akan tahu hal ini lambat tapi saya harap awak akan tahu juga satu hari nanti. Jadikan saat kita tidak berkata2 selama 2 hari ini sebagai sesuatu perkara yang awak akan rindu kelak. Saya tahu montel saya boleh hidup tanpa saya. Kan sayang? Saat saya menangis, saya nak sangat awak ada disisi untuk sejukkan hati saya, tapi rupanya awak makin marahkan saya. Sampai sekarang saya tak tahu apa sebabnya awak marah bila saya nangis. Memang dulu saya janji takkan menangis, tapi saya tak boleh nak elak kerna ianya sebahagian dari diri saya. Mungkin saya kelihatan kuat dari luar, tapi sebenarnya saya lemah.
Saya tak 'take note' tarikh kita declare, tapi saya akan ingat cara awak untuk dapatkan saya dulu.
Montel, bila saya dah jauh, awak jangan rindu saya taw. Mungkin kita takkan dapat jumpa sekerap sekarang. Saya nak jadikan masa yang ada sekarang masa yang saya dapat habiskan bersama awak. Mungkin saya akan tinggalkan awak sekejap, atau mungkin selamanya. Sejujurnya, saya takut nak lepaskan awak dan kebaikan yang ada pada awak. Jadikan hari2 yang pernah kita lalui selama ini sebagai memori setelah saya pergi jauh ok.
Salam kejauhan walaupun dekat depan mata dari saya.
Wednesday, November 14, 2012
Makin terasa kesakitannya
Sekarang ini aku makin tak lalu makan. Makin susah nak telan makanan. Tapi perut aku sentiasa minta sesuap makanan. Nak nangis, tapi aku tak mampu kerna aku memang perlu kuat. Aku perlu tabah lalui ujian Allah ini. Aku hanya mampu minum air yang boleh mengenyangkan. Tapi ianya tak tahan lama. Makan roti yang 70 sen pun aku masih perlu berulamkan air yang banyak. Bila tengok orang makan macam-macam, perut aku makin bergelora. Tapi aku hanya mampu memandang dengan jelingan. Sakitnya Allah saja yang faham. Air bergelen-gelen aku telan saban hari. Tak makan tak apa, asalkan tekak sentiasa basah.
Lagi satu hal yang ketara, tangan aku makin ketara getarnya. Bila nak memasak, aku fikir banyak kali sebab ianya melibatkan pisau.Aku perlu 'extra' berhati-hati. Genggaman tangan aku pada sesuatu barang makin tak kuat. Tapi tak apa, aku masih bisa mengukir senyuman. Itu saja yang aku mampu setakat ini. Amarah ku makin ketara. Tak kira tempat, keadaan dan sesiapa saja, aku boleh meluahkan rasa marahku. Padahal aku tak berniat langsung nak menyuarakannya. Maafkan saya, terutama kepada mak abah dan adik-beradik.
Aku berdoa agar sakit aku ini dapat dihapuskan. Dan tidak ada perasaan marah lagi dalam diri ini. Tak lama lagi aku akan menjadi seorang isteri, ibu dan nenek. Aku teringin merasai kehidupan yang lebih lama. Itu azam aku. Semoga aku masih mampu berdiri tegak dam tersenyum manis pada orang sekeliling tanpa melihatkan akan sakit yang telah lama aku tanggung ini. Pada-Mu Allah, aku berserah segala keputusan. Tapi, izinkan hambaMu yang hina ini menghirup udara lebih lama lagi. Dan izinkan hambaMu ini merasai nikmat yang selama ini aku impikan.
Friday, November 9, 2012
I knew it !!!
Setelah membuat pemeriksaan di beberapa tempat dan bertanya pada orang sekeliling, memang sah aku menghidapinya. Selepas membuat pemeriksaan di salah satu klinik di Batu Pahat, aku minta buat surat untuk terus ke Klinik Kesihatan.
Hari ini, 9 November 2012, aku telah membazirkan darah atas tujuan pemeriksaan. Banyak pula si staff tu ambil. Dah sedut, dia sedut lagi, lagi dan lagi. Aku rasa macam nak marah, tapi tetap 'cool' sebab itu tugas dia. 2 minggu lagi keputusan ujian darah akan keluar. Gementar.
Ceritanya bermula semasa aku sering kali tercekik ketika makan dan tekak terasa sakit yang amat. Waktu tidur aku sangat singkat sejak aku mulai merasa kepelikan yang berlaku pada diri aku. Bila bangun dari tidur, kahak yang keluar amat banyak. Mula-mula aku fikir ianya perkara biasa dan aku tak hiraukan pesanan abah untuk ke klinik.
Makin hari makin teruk dan aku teringat akan kemungkinan penyakit yang telah doktor beritahu hampir setahun yang lalu. Aku berlagak sihat dengan berbekalkan senyuman di khalayak ramai. Ternyata kini aku tewas dalam peperangan yang aku cipta sendiri. Aku tewas. Tujuan aku mendiamkan diri bukan untuk menyeksa diri sendiri, tapi sekadar memberitahu semua orang yang aku tak sakit.
Tujuan utama aku merahsiakan hal ini adalah kerana tidak mahu menyusahkan orang lain terutama abah. Sekarang ini abah dah tahu tentang sakit aku dan dia berjanji untuk mengeluarkan duit simpanan dia untuk aku. Hal ini yang aku paling tak gemar. Aku tak mahu dia membazirkan hasil titik peluh dia selama dia bekerja semata-mata untuk membiayai kos rawatan aku.
Andaikata pembedahan perlu diteruskan, aku berharap sangat agar ianya tidak memerlukan kos yang terlalu tinggi. Atau mungkin aku perlu menolak idea mengenai pembedahan itu. Mungkin.
Semoga Allah masih sudi memberi kesejahteraan hidup dan umur yang panjang buat aku yang hina ini. Aku berjanji untuk terus mengukir senyuman pada semua orang meskipun esok adalah hari kematian aku. Aku berjanji.
Monday, July 23, 2012
Ini hidup aku
Dari kecil lagi hidup aku di atur oleh abah. Tapi tak semua aku ikut & patuh. Sebelum UPSR, abah selalu pesan suruh belajar rajin-rajin, nanti bila dah besar, boleh kejar cita-cita. Aku pegang kata-kata abah. Masa nak UPSR, aku 'struggle' mati-matian. Lepas abis waktu kelas sekolah rendah + kelas tambahan UPSR, aku direct ke sekolah agama. Kadang-kadang bila tiada kelas tambahan UPSR, aku balik rumah sekejap. Masa itu, aku cuma ada sebuah basikal. Itu pun selepas aku merayu pada abah untuk belikan aku satu basikal. Lepas habis kelas sekolah agama lebih kurang pukul 5, aku kayuh basikal balik rumah. Dalam pukul 5.30 petang aku sampai rumah. Aku mandi 'ready' untuk Maghrib. Lepas dah solat Isyak & makan, dalam pukul 10 malam aku tidur. Aku bangun pukul 3 pagi, Solat hajat, kemudian aku buat kerja sekolah atau latihan yang cikgu-cikgu bagi. Setiap hari aku buat perkara yang sama. Alhamdulillah, usaha aku berhasil dengan keputusan yang tidak aku sangka setelah percubaan aku hampir gagal. 4A 1B menjadi milik aku. Keputusan itu hasil daripada caci-maki ahli keluarga & kena marah dengan cikgu.
Dengan keputusan itu, aku dapat tawaran dari sekolah menengah di bandar. 2004, aku melangkahkan kaki ke Temenggong Ibrahim Girls School (TIGS). Alhamdulillah sekali lagi. Tapi masalah tak berhenti takat itu. Aku jenis yang tak suka susahkan orang kalau aku tak terdesak. Mula-mula memang sakit nak berulang-alik dari rumah ke TIGS. Bila aku dah reti naik bas, aku cakap sendiri kat mak abah yang aku akan ke sekolah dengan bas/teksi. Mereka setuju. Pukul 6 pagi aku dah tercongok kat 'bus stop'. Selalunya aku tak dapat tahan mana-mana bas/teksi sebab kawasan tu gelap. Biasanya dah dekat pukul 7 barulah aku dapat bas/teksi untuk ke sekolah. Kalau 'check' buku 'record', nama aku paling 'famous' dalam senarai pelajar datang lewat ke sekolah. Sedikit sebanyak prestasi aku menurun. Kadang-kadang aku sampai sekolah masa cikgu dah masuk kelas. Selama 3 tahun aku belajar di TIGS, dan selama itu jugalah aku terfikir, apa akan jadi pada aku dalam masa 10 tahun akan datang?. Aku aktif dalam kawad kaki, tapi pelajaran aku merosot. Bila dah nak dekat PMR, cikgu aku 'suggest' asrama untuk aku. Even aku tak berapa setuju, tapi aku terima juga tawaran tersebut. Lagipun, punca aku dikehendaki masuk asrama bukan sebab pelajaran aku sangat, tapi sebab mata-mata yang cemburu pada aku. Apalah salah aku pada korang masa tu pun aku tak terfikir. Aku cuma mampu tersenyum sepanjang duduk di asrama. Aku ikut saja masa yang telah ditetapkan. Waktu makan, aku makan. Waktu belajar, aku belajar. Tapi aku masih aktif dengan latihan kawad sebab masa itu aku rasa nak masuk askar. Ganas gila. Masalah family sentiasa berlegar dalam fikiran. Aku berfikir, kenapa dengan family aku ni? Dari mana salahnya hingga jadi begini? Namun, aku tetap kuatkan hati. Aku tetap belajar. Sepanjang aku duduk asrama, mak abah cuma datang sekali. Sangat terkilan, padahal aku berharap sangat agar mereka selalu menjenguk aku di asrama. Aku tetapkan hati, perbaiki diri, istiqamahkan niat. Keputusan PMR aku agak teruk. 2A 6B. Aku kecewa. Mula dari saat itu, aku dah tak fikir cita-cita atau impian atau apa yang aku nak dalam hidup. Aku cuma fikir aku dah berhenti belajar. Beberapa peristiwa, sedikit sebanyak mendorong aku untuk teruskan perjuangan aku dalam menuntut ilmu.
Walaupun sudah sebulan sesi persekolahan tingkatan 4 bermula, tapi aku masih dirumah. Sampai satu ketika, terdetik dalam hati untuk isi borang Sekolah Menengah Teknik. Alhamdulillah, aku berjaya dan ditempatkan di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat pada tahun 2007. Bila SPM, aku sudah mula lalai. Aku belajar main-main dan keputusan pun main-main, 1 A, itu pun A2. Aku makin 'down'. Abah tak habis-habis dengan bebelan dia. Dia suruh aku fikir betul-betul, apa yang aku nak dalam hidup. Aku cuma tadah telinga. Masuk kiri, keluar kanan. Julai 2009, aku dapat tawaran ke KPMIM. Aku cuba hidupkan cita-cita aku, walaupun bidang yang aku ambil tiada kena-mengena langsung. Apa yang aku tahu, bila bangun dari tidur, aku ke kelas. Bila habis waktu kelas, aku tidur/lepaking dengan sahabat baik, Atin. Keputusan aku untuk sambung belajar ini pun sebenarnya diragui oleh abah. Dia langsung tidak yakin denagn apa yang aku buat. Sekarang ini, 2012, aku sudah tamat pengajian di sana. Alhamdulillah. Keputusan semestar akhir tidak berapa membanggakan & tidak pula mengecewakan. Aku cuma mampu bersyukur kerana di situ nampak usaha aku + bantuan kawan-kawan yang ikhlas membantu.
Cita-cita aku memang tidak akan tercapai sebab abahlah penghalangnya. Dari kecil lagi dia atur hidup aku. Bila aku cakap aku minat sesuatu, dia pasti membantah. Apa yang dia komen cuma apa yang aku minat tidak akan memberi apa-apa keuntungan pada masa akan datang. Aku pendam cita-cita, minat & keinginan aku sehingga kini, dan mungkin sehingga ajalku esok hari.
Tapi, apa-apa pun, akak cuma mampu ucap terima kasih yang tak terhingga sebab sudi sara hidup akak selama ini. Akak redha sebab akak tahu, Allah sebenarnya yang atur hidup akak sebegini rupa. Biar akak bawa mimpi, cita-cita, minat, angan-angan & impian hingga ke liang lahad esok.
Pesan akak buat abah cuma satu, jangan oernah halang minat adik-adik. Akak tak mahu mereka jadi seperti akak. Hidup tidak punya apa-apa, mati kelak memendam rasa.
Thursday, June 21, 2012
~ Syukur ~
Alhamdulillah.
15 May
1. Antara aku, mak, abah & DIA = 21 tahun.
21 Jun
1. Antara aku & dia = 4 tahun.
Tak percaya tapi ianya terjadi.
2. Keputusan Sem 6 yang memuaskan.
Thursday, May 31, 2012
Kehidupanku
"Pengalaman mendewasakan kita."
Sepanjang bergelar pelajar, bermacam-macam kerenah manusia yang aku jumpa.
Tapi abah selalu pesan,"ikut yang baik, tinggal yang tak baik."
Bukan nak mengata, cuma nak kongsi.
Dan yang pasti para STALKER sedang menyebarkan tentang apa yang akan aku katakan sebentar lagi.
1. Malu-malu kucing
- Orang yang jenis ni mula-mula kenal, orangnya baik yang amat. Bak "pijak semut pun tak mati". Tapi setelah sekian lama, belangnya makin ketara. Lagi-lagi bila masing-masing berjauhan dari keluarga. Bila dah jauh ni, macam-macamlah yang ingin dicubanya. Kalau perempauan, keluar malam tak reti balik rumah. Yang lelakinya, curi-curi keluar bersama geng. Pernah juga aku cuba, tapi sebab kantoi, so, taubat tak buat lagi dah. Tak nak lah aku malukan keluarga. Aku datang nak belajar, bukan nak cari masalah.
- Orang jenis ni dah banyak contoh depan mata. Ingat semula pesan abah, "Nak buat jahat, ingat orang tua yang bersusah-payah nak besarkan kau". Ada pelajar yang betul-betul belajar, tapi ada yang 'belajar'. Yang betul-betul belajar tu boleh nampak orang-orangnya yang naik pentas setiap sem, dan yang 'belajar' tu nampak orangnya telah berjaya & mempraktikkan ilmunya.
- Orang jenis ni pun selalu je melintas depan mata aku. Yang tersalah ukur pun ada. Aku yang ramping ni pun malu nak pakai baju sendat-sendat atau baju adik sebab perut boroi. Tapi apa agaknya perasaan orang yang tak berapa nak ramping ni tapi perasan ramping ye? Adakah sebab nak tunjuk body yang mungkin 36" 40" 44"? Atau nak menunjukkan apa yang tersirat disebalik pakaian mereka.