![]() |
Penambang |
Sunday, May 22, 2011
~* tErEnGgAnU *~
Wednesday, May 18, 2011
~* sEm 4 - tHe eNd !!! *~
Tuesday, May 17, 2011
Monday, May 16, 2011
- Walaupun terdapat masalah semasa puterimu ini berumur beberapa bulan, namun ayahanda dan ibunda tidak leka dan tetap berusaha memberi peluang hidup.
Tahun demi tahun berlalu,,,,,,
- Selepas ini puteri kalian akan berusaha semampu yang mungkin untuk bangkit setelah banyak kali terjatuh dek orang ramai.
- Walaupun impian utama puteri kalian tidak tertunai, namun hajat kalian pasti puteri tunaikan, dengan izin Allah.
- Namun, doa dari ayahanda dan ibunda amatlah diperlukan supaya puteri ini bisa meneruskan sisa hidup dengan lebih sempurna.
Sunday, May 15, 2011
~* hAnYa aKu *~
Segala yang terjadi pasti ada hikmah yang tersendiri. Jadi aku sebagai hamba
Allah s.w.t yang hina hanya mampu berserah diri dan memilih jalan yang tepat
untuk meneruskan kehidupan yang makin singkat ini.
Hanya diri ini
yang
rasa segala sakit perit sepanjang melewati hari-hari berlalu.
Terima
kasih kepada segelintir sahabat yang sudi mendengar
keluh resah
aku.
Biar orang kata aku ini gembira tak
bertempat, tapi mereka
tidak tahu apa yang terdapat di dasar hati ini.
Terima kasih Allah
kerana mesih memberi aku peluang hidup, memberi
aku hari-hari yang bisa membuat
aku tersenyum sendiri melihat
ciptaanMu.
Terima kasih mak abah sudi jaga
akak sejak kecil. Akak
tahu sedari lahir lagi akak tak boleh hidup tapi atas
usaha kalian, kini
akak mampu bernafas walaupun tidak sempurna. Andai saja
kalian relakan
pemergian akak masa tuh. Pasti saja diri ini tidak merasa segala
ujian yang
diberi Allah s.w.t.
Terima kasih semua !!!
Hanya Allah
bisa
membalas segala-galanya.
Wednesday, May 11, 2011
~* pErGiLaH cInTa *~
Sedarkah kau sedari dulu hubungan ini ditentang??? Sudahlah. Jangan ditambah kebencian orang tua kerana kebodohan kita dalam perhubungan ini. Sering kali aku ingatkan kau tentang perkara ini, tapi kau buat endah tak endah. Bila hal sama berbangkit berkali-kali, tak mungkin ada insan selemah aku mampu terima dengan tabah.
Apa yang aku lakukan sekarang hanyalah untuk memuaskan hati semua pihak. Supaya tiada satu pihak pun terluka kerana kebodohan kita di atas hubungan yang ditentang ini. Aku sering mengalah untuk kebahagiaan orang lain. Sedarlah.
Tak kisahlah orang nak cakap apa, yang penting kita dapat bahagiakan kedua ibu bapa kita walaupun sekadar memberi sebuah senyuman. Harapan ibu bapaku terlalu tinggi untukku tunaikan. Namun aku berusaha semampu yang mungkin. Bukan untuk aku, tapi untuk mereka yang memberi aku peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini.
Cukuplah dengan airmata yang mengalir sepanjang hubungan ini. Janganlah di tambah lagi dengan kedukaan. Mungkin buat masa sekarang kita akan bahagia. Tapi tanpa izin dari mereka, kita tak akan ke mana-mana. Kebahagiaan seseorang terletak pada keizinan orang tua. Tak mungkin aku mampu melihat mereka mengalirkan airmata hanya kerana kedegilan kita.
Mungkin apabila sudah berkahwin, di awalnya kita bahagia. Tapi siapa tahu tak sampai 2 minggu, kita akan berbalah. Saat itulah terserlah ketidakserasian antara kita. Bergaduh, dari sehari ke sehari. Aku sebagai perempuan tak mungkin mampu melawan kerana saat itu aku adalah isterimu di mana aku mesti patuh kepadamu. Tapi hati ini mungkin akan terkikis rasa sayang & cinta.
Sedarlah sayang. Hubungan ini tak akan pergi jauh. Oleh itu, aku meminta izin untuk pergi dari hidupmu selama-lamanya. Dan memohon supaya kau dengan rela hati melepaskan aku pergi. Atas nama Allah, diri ini mencintaimu setakat ini sahaja.
Yang benar,
Hati Terluka
Saturday, May 7, 2011
~~~Kisah Hati~~~
Assalamualaikum
Sekian,,,