Wednesday, January 30, 2013

Kenapa?

Kenapa ye?

Aku sering-kali menghidu wangian yang lembut di tempat kerja aku. Yang pelik cuma disitu saja bau yang ada. Wangi sangat. Macam bau seseorang yang pernah aku kenal tapi bau apa ye? Tak mungkin semua orang menggunakan wangian yang sama, ya tak?

Sejak kebelakangan ini, aku pasti akan menangis setiap kali dengar orang membaca al-Quran atau mendengar orang yang mengetuai solat. Terasa nyaman saja setiap kali mendengarnya. Aku seakan rindu suasana yang tak pernah aku dapat.

Petanda apakah ini?

Wednesday, January 16, 2013

M.A.A

Bulan 9 aku kenal dia sebagai senior. Bulan 11 aku 'dengan' dia. Tapi biasalah, kejap timbul, kejap tenggelam. Tapi kenapa entah aku nak sgt dia jd 'someone' dalam hidup aku. Sekarang, esok, lusa, dan mungkin akan datang. Bukan bermakna aku tinggalkan yang dulu untuk yang kini. Tapi aku tinggalkan yang dulu kerana sikapnya yang cuma aku saja yang tahu setelah 5 tahun berlalu. Terima kasih Kak Cik. Dia banyak bagi nasihat sebelum ni tapi aku selalu abaikan. Maafkan aku sahabat. Si montel yang kini buat aku rasa lain sangat. Mungkin penerimaan dari seluruh keluarga dia yang buat aku rasa sayang kat dia. Tapi, aku serahkan pada Allah. Andai Allah dah janjikan si montel ni untuk aku, aku terima seadanya. Andai tidak, aku perlu bersyukur kerana Allah masih memberi aku kesempatan untuk mengenali hati budi seorang lelaki yang mungkin selama ini aku inginkan. Sering-kali juga aku menangis, tapi yang pastinya ianya air mata gembira. Terima kasih Allah. Allah, andai si montel ini milikku, Kau satukan hati kami sepertimana kau menyatukan Adam & Hawa. Timbulkan rasa kasih dan sayang buat kami berdua. Dengarkanlah doa2 kami.

Buat si montel, saya dah mula sayang kat awak. Mungkin awak akan tahu hal ini lambat tapi saya harap awak akan tahu juga satu hari nanti. Jadikan saat kita tidak berkata2 selama 2 hari ini sebagai sesuatu perkara yang awak akan rindu kelak. Saya tahu montel saya boleh hidup tanpa saya. Kan sayang? Saat saya menangis, saya nak sangat awak ada disisi untuk sejukkan hati saya, tapi rupanya awak makin marahkan saya. Sampai sekarang saya tak tahu apa sebabnya awak marah bila saya nangis. Memang dulu saya janji takkan menangis, tapi saya tak boleh nak elak kerna ianya sebahagian dari diri saya. Mungkin saya kelihatan kuat dari luar, tapi sebenarnya saya lemah.

Saya tak 'take note' tarikh kita declare, tapi saya akan ingat cara awak untuk dapatkan saya dulu.

Montel, bila saya dah jauh, awak jangan rindu saya taw. Mungkin kita takkan dapat jumpa sekerap sekarang. Saya nak jadikan masa yang ada sekarang masa yang saya dapat habiskan bersama awak. Mungkin saya akan tinggalkan awak sekejap, atau mungkin selamanya. Sejujurnya, saya takut nak lepaskan awak dan kebaikan yang ada pada awak. Jadikan hari2 yang pernah kita lalui selama ini sebagai memori setelah saya pergi jauh ok.

Salam kejauhan walaupun dekat depan mata dari saya.

Love is...
© Manja Lara - Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace