Monday, July 23, 2012

Ini hidup aku

Dari kecil lagi hidup aku di atur oleh abah. Tapi tak semua aku ikut & patuh. Sebelum UPSR, abah selalu pesan suruh belajar rajin-rajin, nanti bila dah besar, boleh kejar cita-cita. Aku pegang kata-kata abah. Masa nak UPSR, aku 'struggle' mati-matian. Lepas abis waktu kelas sekolah rendah + kelas tambahan UPSR, aku direct ke sekolah agama. Kadang-kadang bila tiada kelas tambahan UPSR, aku balik rumah sekejap. Masa itu, aku cuma ada sebuah basikal. Itu pun selepas aku merayu pada abah untuk belikan aku satu basikal. Lepas habis kelas sekolah agama lebih kurang pukul 5, aku kayuh basikal balik rumah. Dalam pukul 5.30 petang aku sampai rumah. Aku mandi 'ready' untuk Maghrib. Lepas dah solat Isyak & makan, dalam pukul 10 malam aku tidur. Aku bangun pukul 3 pagi, Solat hajat, kemudian aku buat kerja sekolah atau latihan yang cikgu-cikgu bagi. Setiap hari aku buat perkara yang sama. Alhamdulillah, usaha aku berhasil dengan keputusan yang tidak aku sangka setelah percubaan aku hampir gagal. 4A 1B menjadi milik aku. Keputusan itu hasil daripada caci-maki ahli keluarga & kena marah dengan cikgu.
  Dengan keputusan itu, aku dapat tawaran dari sekolah menengah di bandar. 2004, aku melangkahkan kaki ke Temenggong Ibrahim Girls School (TIGS). Alhamdulillah sekali lagi. Tapi masalah tak berhenti takat itu. Aku jenis yang tak suka susahkan orang kalau aku tak terdesak. Mula-mula memang sakit nak berulang-alik dari rumah ke TIGS. Bila aku dah reti naik bas, aku cakap sendiri kat mak abah yang aku akan ke sekolah dengan bas/teksi. Mereka setuju. Pukul 6 pagi aku dah tercongok kat 'bus stop'. Selalunya aku tak dapat tahan mana-mana bas/teksi sebab kawasan tu gelap. Biasanya dah dekat pukul 7 barulah aku dapat bas/teksi untuk ke sekolah. Kalau 'check' buku 'record', nama aku paling 'famous' dalam senarai pelajar datang lewat ke sekolah. Sedikit sebanyak prestasi aku menurun. Kadang-kadang aku sampai sekolah masa cikgu dah masuk kelas. Selama 3 tahun aku belajar di TIGS, dan selama itu jugalah aku terfikir, apa akan jadi pada aku dalam masa 10 tahun akan datang?. Aku aktif dalam kawad kaki, tapi pelajaran aku merosot. Bila dah nak dekat PMR, cikgu aku 'suggest' asrama untuk aku. Even aku tak berapa setuju, tapi aku terima juga tawaran tersebut. Lagipun, punca aku dikehendaki masuk asrama bukan sebab pelajaran aku sangat, tapi sebab mata-mata yang cemburu pada aku. Apalah salah aku pada korang masa tu pun aku tak terfikir. Aku cuma mampu tersenyum sepanjang duduk di asrama. Aku ikut saja masa yang telah ditetapkan. Waktu makan, aku makan. Waktu belajar, aku belajar. Tapi aku masih aktif dengan latihan kawad sebab masa itu aku rasa nak masuk askar. Ganas gila. Masalah family sentiasa berlegar dalam fikiran. Aku berfikir, kenapa dengan family aku ni? Dari mana salahnya hingga jadi begini? Namun, aku tetap kuatkan hati. Aku tetap belajar. Sepanjang aku duduk asrama, mak abah cuma datang sekali. Sangat terkilan, padahal aku berharap sangat agar mereka selalu menjenguk aku di asrama. Aku tetapkan hati, perbaiki diri, istiqamahkan niat. Keputusan PMR aku agak teruk. 2A 6B. Aku kecewa. Mula dari saat itu, aku dah tak fikir cita-cita atau impian atau apa yang aku nak dalam hidup. Aku cuma fikir aku dah berhenti belajar. Beberapa peristiwa, sedikit sebanyak mendorong aku untuk teruskan perjuangan aku dalam menuntut ilmu.
  Walaupun sudah sebulan sesi persekolahan tingkatan 4 bermula, tapi aku masih dirumah. Sampai satu ketika, terdetik dalam hati untuk isi borang Sekolah Menengah Teknik. Alhamdulillah, aku berjaya dan ditempatkan di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat pada tahun 2007. Bila SPM, aku sudah mula lalai. Aku belajar main-main dan keputusan pun main-main, 1 A, itu pun A2. Aku makin 'down'. Abah tak habis-habis dengan bebelan dia. Dia suruh aku fikir betul-betul, apa yang aku nak dalam hidup. Aku cuma tadah telinga. Masuk kiri, keluar kanan. Julai 2009, aku dapat tawaran ke KPMIM. Aku cuba hidupkan cita-cita aku, walaupun bidang yang aku ambil tiada kena-mengena langsung. Apa yang aku tahu, bila bangun dari tidur, aku ke kelas. Bila habis waktu kelas, aku tidur/lepaking dengan sahabat baik, Atin. Keputusan aku untuk sambung belajar ini pun sebenarnya diragui oleh abah. Dia langsung tidak yakin denagn apa yang aku buat.  Sekarang ini, 2012, aku sudah tamat pengajian di sana. Alhamdulillah. Keputusan semestar akhir tidak berapa membanggakan & tidak pula mengecewakan. Aku cuma mampu bersyukur kerana di situ nampak usaha aku + bantuan kawan-kawan yang ikhlas membantu. 
  Cita-cita aku memang tidak akan tercapai sebab abahlah penghalangnya. Dari kecil lagi dia atur hidup aku. Bila aku cakap aku minat sesuatu, dia pasti membantah. Apa yang dia komen cuma apa yang aku minat tidak akan memberi apa-apa keuntungan pada masa akan datang. Aku pendam cita-cita, minat & keinginan aku sehingga kini, dan mungkin sehingga ajalku esok hari.
  Tapi, apa-apa pun, akak cuma mampu ucap terima kasih yang tak terhingga sebab sudi sara hidup akak selama ini. Akak redha sebab akak tahu, Allah sebenarnya yang atur hidup akak sebegini rupa. Biar akak bawa mimpi, cita-cita, minat, angan-angan & impian hingga ke liang lahad esok.
  Pesan akak buat abah cuma satu, jangan oernah halang minat adik-adik. Akak tak mahu mereka jadi seperti akak. Hidup tidak punya apa-apa, mati kelak memendam rasa. 

Love is...
© Manja Lara - Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace