Wednesday, November 14, 2012

Makin terasa kesakitannya

     Sekarang ini aku makin tak lalu makan. Makin susah nak telan makanan. Tapi perut aku sentiasa minta sesuap makanan. Nak nangis, tapi aku tak mampu kerna aku memang perlu kuat. Aku perlu tabah lalui ujian Allah ini. Aku hanya mampu minum air yang boleh mengenyangkan. Tapi ianya tak tahan lama. Makan roti yang 70 sen pun aku masih perlu berulamkan air yang banyak. Bila tengok orang makan macam-macam, perut aku makin bergelora. Tapi aku hanya mampu memandang dengan jelingan. Sakitnya Allah saja yang faham. Air bergelen-gelen aku telan saban hari. Tak makan tak apa, asalkan tekak sentiasa basah.
    
     Lagi satu hal yang ketara, tangan aku makin ketara getarnya. Bila nak memasak, aku fikir banyak kali sebab ianya melibatkan pisau.Aku perlu 'extra' berhati-hati. Genggaman tangan aku pada sesuatu barang makin tak kuat. Tapi tak apa, aku masih bisa mengukir senyuman. Itu saja yang aku mampu setakat ini. Amarah ku makin ketara. Tak kira tempat, keadaan dan sesiapa saja, aku boleh meluahkan rasa marahku. Padahal aku tak berniat langsung nak menyuarakannya. Maafkan saya, terutama kepada mak abah dan adik-beradik.

     Aku berdoa agar sakit aku ini dapat dihapuskan. Dan tidak ada perasaan marah lagi dalam diri ini. Tak lama lagi aku akan menjadi seorang isteri, ibu dan nenek. Aku teringin merasai kehidupan yang lebih lama. Itu azam aku. Semoga aku masih mampu berdiri tegak dam tersenyum manis pada orang sekeliling tanpa melihatkan akan sakit yang telah lama aku tanggung ini. Pada-Mu Allah, aku berserah segala keputusan. Tapi, izinkan hambaMu yang hina ini menghirup udara lebih lama lagi. Dan izinkan hambaMu ini merasai nikmat yang selama ini aku impikan.

Friday, November 9, 2012

I knew it !!!

     Setelah membuat pemeriksaan di beberapa tempat dan bertanya pada orang sekeliling, memang sah aku menghidapinya. Selepas membuat pemeriksaan di salah satu klinik di Batu Pahat, aku minta buat surat untuk terus ke Klinik Kesihatan.

     Hari ini, 9 November 2012, aku telah membazirkan darah atas tujuan pemeriksaan. Banyak pula si staff tu ambil. Dah sedut, dia sedut lagi, lagi dan lagi. Aku rasa macam nak marah, tapi tetap 'cool' sebab itu tugas dia. 2 minggu lagi keputusan ujian darah akan keluar. Gementar.

     Ceritanya bermula semasa aku sering kali tercekik ketika makan dan tekak terasa sakit yang amat. Waktu tidur aku sangat singkat sejak aku mulai merasa kepelikan yang berlaku pada diri aku. Bila bangun dari tidur, kahak yang keluar amat banyak. Mula-mula aku fikir ianya perkara biasa dan aku tak hiraukan pesanan abah untuk ke klinik.

     Makin hari makin teruk dan aku teringat akan kemungkinan penyakit yang telah doktor beritahu hampir setahun yang lalu. Aku berlagak sihat dengan berbekalkan senyuman di khalayak ramai. Ternyata kini aku tewas dalam peperangan yang aku cipta sendiri. Aku tewas. Tujuan aku mendiamkan diri bukan untuk menyeksa diri sendiri, tapi sekadar memberitahu semua orang yang aku tak sakit.

     Tujuan utama aku merahsiakan hal ini adalah kerana tidak mahu menyusahkan orang lain terutama abah. Sekarang ini abah dah tahu tentang sakit aku dan dia berjanji untuk mengeluarkan duit simpanan dia untuk aku. Hal ini yang aku paling tak gemar. Aku tak mahu dia membazirkan hasil titik peluh dia selama dia bekerja semata-mata untuk membiayai kos rawatan aku.

     Andaikata pembedahan perlu diteruskan, aku berharap sangat agar ianya tidak memerlukan kos yang terlalu tinggi. Atau mungkin aku perlu menolak idea mengenai pembedahan itu. Mungkin.

     Semoga Allah masih sudi memberi kesejahteraan hidup dan umur yang panjang buat aku yang hina ini. Aku berjanji untuk terus mengukir senyuman pada semua orang meskipun esok adalah hari kematian aku. Aku berjanji. 

Love is...
© Manja Lara - Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace