Thursday, December 29, 2011

Aku ingin sendiri.

Kau yang aku kenali tak mungkin akan menjadi seperti seorang yang aku sanggup tinggalkan dahulu.
Kerna kalian amat berbeza.
Dan tak akan pernah sama.
Juga, kebahagiaan yang ku kecapi amat berbeza.
Hidup aku serta-merta berubah.
Sebabnya hanya kau yang tahu.
Mungkin.
Aku kelihatan gembira, pada luaran.
Tapi kedukaan aku, tiada siapa yang faham walaupun aku menceritakan kesemuanya.
Kerna kau bukan diriku.
Tapi, sedarkah kau akan ketiadaan aku?
Mungkin tidak.
Alasannya, kau sentiasa nampak aku.
Mungkin ya.
Alasannya, kau akan nampak riak wajahku tatkala duka.
Sayang,
Adakah kau rasa apa yang selama ini aku rasa?
Sakit yang bermacam-macam?
Sayang,
Aku tak kisah andai kau mahu meninggalkan aku, tapi jgnlah setelah kasih antara kita tersimpul mati.
Tinggalkan aku sekarang jika kau masih belum bersedia dari segala sudut.
Aku sedia, dengan izin Allah.
Kau seringkali nampak aku termenung, tapi tahukah kau apa yang aku fikirkan?
Dan yang pasti, apabila kau menanyakan, pasti aku beri jawapan yang lain.
Maaf sayang, saya berbohong pada awak.
Sampai sekarang, mungkin selamanya, biarlah aku seorang yang tahu apa yang aku menungkan setiap masa.

Ingin sekali rasanya melihat kau berjaya dengan cara kau yang tersendiri.
Ingin sekali rasanya melihat kau mengiyakan segala kata2 mereka.
Ingin sekali rasanya melihat kau tersenyum lebar tanpa nestapa.
Ingin sekali rasanya melihat kau berbahagia dengan insan yang bisa terima kau seadanya.

Maaf sayang,
Aku tak mungkin mampu merealisasikan segala impian yang menjadi idaman kau.
Sekali lagi aku tekankan, AKU TAK MUNGKIN MAMPU.

Sayang,
dengan ikhlas hati,
pergilah kepada seseorang yang mampu menunaikan hajatmu.
pergilah pada mereka yang benar2 sayangkan kau.
pergilah ku dari hidupku selamanya.

Kerna aku ingin sendiri.
Sendiri melalui saat2 yang mungkin terakhir kalinya.
SENDIRI.

Terima kasih.

Wednesday, December 28, 2011

Andai Saja .....

Wahai Kekasih Hatiku,
Andai diri ini menjadi kekasihmu, sudikah kiranya dikau menjagaku sepertimana kedua ibu bapaku menjagaku sejak dari kecil?
Andai diri ini menjadi milikmu, sanggupkah dikau membelaiku sepertimana kedua ibu bapaku membelaiku dengan manja?
Andai diri ini menjadi isterimu, adakah aku akan menjadi hamba abdimu seumur hidup sedangkan sedari kecil aku dilayan seperti seorang puteri di istana oleh kedua ibu bapaku?

Namun,
Andai diri ini sakit, mampukah dikau mengeluarkan perbelanjaan untunk menampung kos rawatan ku sepertimana kedua ibu bapaku sanggup menggadaikan harta mereka untukku?
Andai diri ini menangis, mampukah dikau mengembalikan senyuman yang selama ini kedua ibu bapaku berikan?
Andai diri ini menanggung beban yang berat, mampukah dikau meringankannya?

Kekasih,
Andai semua yang kedua ibu bapaku sanggup lakukan demi aku tetapi tidak dikau walau sedikitpun, janganlah dikau berpura-pura sanggup semata-mata untuk menjaga hati ini.

Kekasih,
Ketahuilah, kasih sayang kita tidak akan kekal kerna ianya hakiki untuk insan lain, IBU BAPAKU.

Hanya mereka yang sanggup menggadaikan nyawa & harta untuk aku yang seringkali membuat mereka mengalirkan airmata.

Maafkan aku Kekasih andai dirimu tidak menjadi pilihan hatiku.

Maaf dari jauh...

Love is...
© Manja Lara - Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace